
Galaxy S21 FE merupakan peranti flagship keluaran Samsung yang akan dipasarkan tidak lama lagi. Namun jika dilihat, peranti flagship syarikat tersebut telah lama tidak menyokong penambahan storan asing.
Namun berdasarkan produk yang disemak oleh Agensi TEENA mendapati Samsung Galaxy S21 FE dengan nombor model SM-G9900 mempunyai beberapa spesifikasi yang menjadi pandangan dan dinyatakan pada produk itu menyenaraikan bahawa peranti tersebut mempunyai pilihan storan 128GB dan 256GB malah ia juga menyokong Kad microSD .

Tetapi menurut SamMobile, berkemungkinan mempunyai kesilapan ketika dokumen di isi. Namun ia masih tidak menunjukkan bukti yang kukuh samada peranti tersebut mempunyai atau tidak fungsi tersebut.
