Android 12: Main Game Sebelum Aplikasi Selesai Muat Turun

Android 12 play games before finished

Android 12 merupakan naiktaraf yang terbaru yang bakal digunakan pada peranti akan datang. Kini Google menyatakan bahawa Android membolehkan pengguna untuk menggunakan aplikasi tersebut sebelum ia selesai di muat turun.

Memuat turun permainan video pada peranti agak membosankan, tambahan lagi apabila mereka mempunyai saiz yang besar dan dengan kelajuan yang terhad di Malaysia ia mengambil masa yang agak lama sebelum pengguna dapat menggunakan aplikasi tersebut.

Tetapi kini, pengguna dapat menggunakan aplikasi mereka semasa ia tengah dimuat turun. Namun bagaimana ia nya tidak mustahil dilakukan? Jawapannya adalah dengan wujudnya pakej AAB pada Android yang dinyatakan oleh Google terlebih awal.

Sebagai contoh, anda bermain permainan video. Pada permulaan, anda tidak memerlukan asset pada “level permain” yang lebih tinggi seperti watak, aksesori, atau rewards dan sebagainya. Dengan ini anda boleh menjalankan aplikasi lebih awal sementara playstore memuat turun asset yang anda bakal gunakan pada masa akan datang.

Malah fungsi ini tidak boleh dilakukan pada APK, kerana APK memerlukan anda memuat turun segala asset walaupun anda tidak memerlukannya pada masa awal permainan.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)