
Amazon appstore adalah fungsi yang akan berada pada Windows 11. Namun selepas Google memperkenalkan pengunaan App Bundles pada Play Store, syarikat tersebut mempunyai kesulitan kerana ia hanya menyokong APK sahaja.
App Bundles merupakan kaedah terbaru yang digunakan oleg Google dimana setiap resources akan dibahagikan mengikut keperluan dimana ia akan memberikan pengguna saiz APK yang lebih kecil serta mempunyai saiz muat turun dan pengunaan storan yang lebih rendah.
Namun pelbagai isu menjadi masalah kerana developer risau akan ciri-ciri keselamatan yang akan didedahkan sekiranya mereka ingin menggunakan platform lain. Hal ini kerana AAB adalah bertindak terbuka dan keselamatan diuruskan oleh Playstore, namun dengan menggunakan platform lain, masalah pengurusan keselamatan tidak dijamin.
Namun menurut maklumat yang dinyatakan Amazon, developer menjadikan AAB sebagai pilihan sampingan dan mereka akan kekal memberikan khidmat APK kepada pengguna. Tambahan developer boleh kongsikan aplikasi tanpa sebarang masalah tambahan, dan melakukannya seperti biasa.