
Celia merupakan voice assistant bagi produk Huawei seperti Alexa milik Amazon, Cortana milik Windows, Siri milik Apple dan Hey Google milik Google. Pada naik taraf terbaru. Assistant tersebut mempunyai fungsi untuk menterjemah ke bahasa korea secara terus dimana ia menggunakan AI pada EMUI 11 dan HarmonyOS 2.0.
Namun berita ini kelihatan tidak penting bagi pengguna di Malaysia. Tetapi ia merupakan satu fungsi yang baik kepada pengguna. Hal ini kerana Assistant milik OS lain masih belum menerapkan fungsi ini kepada pengguna.
Tetapi dengan adanya syarikat yang membuka ruang ini, tidak mustahil bagi pesaing kepada Huawei akan mengimplikasikan pekara ini malahan mereka akan cuba menerapkan secara global dimana ia bakal mempunyai fungsi yang sesuai dengan bahasa yang anda inginkan.
Penterjemahan secara terus ini kita pernah gunakan pada laman Youtube dimana butang “Closed Captioning (cc)” bukan sahaja menggunakan sarikata yang dimuat naik oleh youtuber malah ia juga boleh di tetapkan dengan AI akan bertindak mengesan dialog percakapan dan menterjemah ke bahasa yang sesuai.