
Valve menyatakan bahawa mereka berusaha keras dalam memastikan Steam Deck takkan terkesan dengan masalah yang dialami pada kebiasaan alat kawalan.
Drift merupakan isu yang dialami oleh peranti disebabkan thumbstick atau joystick atau analog stick akan bertindak aktif walaupun tiada sentuhan dilakukan. Sebagai contoh, watak dalam permainan anda bergerak walaupun alat kawalan anda tidak sentuh untuk mengerakkanya.
Oleh itu pihak Valve ingin mengelakkan masalah ini dari ditimpa kepada peranti mereka itu. Yazan Aldehayyat, Jurutera Valve menyatakan bahawa mereka telah melakukan pelbagai ujian untuk memastikan pekara ini tidak terjadi.
John Ikeda, steam deck designer juga menyatakan bahawa mereka hanya menggunakan komponen yang mereka yakin dan tidak akan menggunakan peralatan baru kerana ingin mengelakkan risiko.
