
Google akan membuka peluang Beta Program kepada pengguna untuk Android Auto melalui Playstore. Apa itu Android Auto?
Android Auto merupakan aplikasi yang dibina oleh Google bagi menyediakan fungsi penting kepada pengguna ketika menggunakan kenderaan seperti kereta.
Sistem ini boleh memindahkan beberapa fungsi pada peranti telefon pintar kepada paparan digital kenderaan seperti Peta GPS, Pemain Muzik, SMS, Panggilan dan Laman Pencarian.
Ia juga dilengkapi dengan paparan sesentuh dan juga “voice command” bagi mengelakkan gangguan ketika memandu. Namun apa yang diperolehi pada program Beta?
Program Beta Android Auto membenarkan pengguna mencuba fungsi terbaru dan memberikan pendapat akan kegemaran dan keburukkan yang perlu ditambah baik pada sistem itu. Dengan itu, pengguna akan menerima pengelaman pengunaan yang lebih baik apabila fungsi itu digunakan secara rasmi.
Cara menghantar maklum balas:
1. Buka aplikasi Android Auto
2. Tekan Menu dan Pilih “Help & Feedback”
3. Pilih “Send Feedback”
4. Isi maklum balas anda dan Hantar
Namun syarikat tersebut juga memesan bahawa fungsi terbaru kebiasaannya akan mempunyai beberapa masalah dan tidak stabil.
“We would love to have you participate in the beta testing program to test features before they’re available to the general public. We ask that you don’t publicize or share the features you’re testing until they’re publicly available.“
–Google
Bagaimana untuk menyertai program tersebut? Pengguna boleh memohon pada aplikasi yang tertera pada playstore. Aplikasi Android Auto juga membolehkan pengguna menyertai program beta bagi aplikasi Google, Maps, Waze, Messages, Phone, YouTube, GBoard, Chrome dan pelbagai lagi.
