
Apple akan menaiktaraf pengecasan pantas pada iPhone yang selama ini hanya menyokong pengecasan 20W paling tinggi pada peranti tersebut. Menurut sumber maklumat dari pembekal utama Apple bahawa model iPhone 13 akan menerima pengecasan yang lebih tinggi iaitu 25W.
Buat masa ini, syarikat tersebut hanya menjual pengecasan pantas pada 20W dengan tahap minima pada 18W. Namun kini Apple akan meningkatkan tahap pengecasan itu. Tetapi seperti yang berlaku pada masa kini, pembelian peranti dengan model iPhone 13 juga tidak akan disediakan dengan kepala pengecas. Malah pengguna perlu membelinya secara berasingan.
Harga kepala pengecas pada masa ini adalah RM99 pada laman web Apple bagi 20W dan dijangkakan 25W akan mempunyai harga dalam lingkungan RM100 – RM115.
Dan berdasarkan maklumat terkini, iPhone 13 akan dilengkapi dengan prosesor A15 yang terbaru. serta jumlah storan sehingga 1TB pada iPhone 13 dan iPhone 13 Pro Max. Ia juga dilengkapi dengan paparan 120Hz refresh rate dan tidak ketinggalan bahawa LiDar akan eklusif kepada model ini sahaja.