Android 12: Pengguna Tidak Boleh Customize Font dan Icon

Android 12 Material You No Icon and Font Customization

Android sebelum ini merupakan OS yang membenarkan pengguna menggunakan tema yang mereka sukai seperti mengubah icon malah menukar font tulisan kepada yang lebih menarik kepada pengguna.

Tetapi, android 12 akan menggunakan tema Material You yang disediakan oleh google dimana tema pada peranti akan berubah berdasarkan wallpaper yang dipilih oleh pengguna dengan itu, ia kelihatan lebih seragam. Dengan itu, pihak google telah membuang fungsi untuk costumize font dan juga icon yang dimana ia wujud pada versi Android 10 dan 11.

Ramai yang menyangka pada mulanya ia adalah fungsi yang tidak dimasukkan lagi dan tidak lengkap. Namun, pihak google sendiri menyatakan bahawa kehilanggan dua fungsi itu adalah disengajakan oleh mereka.

“The custom style features (font, icon shape, icon pack, and accent color) in R are being replaced by the new dynamic theming feature that we are introducing in S.

We see the new dynamic theming feature as more modern and intelligent. A simple and delightful experience that we hope all users can get to enjoy.”

-google

Penyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Google sejak bulan Mei yang lalu. Maka dengan itu, naiktaraf terbaru itu akan hilang fungsi customize. Tetapi pengguna semestinya boleh menggunakan launcher untuk menyelesaikan masalah ini namun pengguna tidak akan menerima performance yang baik.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)