
Apple merupakan syarikat yang kurang memandang kepada industri permainan malah telah membuang pelbagai aplikasi yang menyediakan perkhidmatan servis permainan seperti Epic Games dan Facebook Gaming.
Baru-baru ini syarikat gergasi mula menceburi bidang industri permainan seperti steam dengan Portable Handheld PC, Netflix dengan servis cloud gaming dan Facebook juga menyediakan servis yang sama.
Malahan Qualcomm juga dikatakan sedang membina peranti console permainan, namun tiada pengumuman jelas. Tetapi beberapa maklumat menyatakan bahawa Apple juga melakukan pekara yang sama dimana mereka sedang membina SoC terbaru dan bukan tersenarai dibawah chipset A-Series mahupun M-Series (M1, M2).
Disamping itu, menurut MauriQHD juga menyatakan bahawa Apple sedang mengusahakan ARM-based console dan pernyataan yang sama juga dikeluarkan oleh FronTron pada laman Twitter nya.
Dan seperti yang diketahui bahawa Apple akan membina M3 sebagai generasi M-series yang seterusnya. Namun dengan menyatakan bahawa mereka membina SoC diluar senarai tersebut memberikan gambaran jelas akan maklumat yang menyatakan bahawa Apple membina sesuatu yang baharu.