Telefon Pintar Memiliki CPU lebih Canggih Dari Piring Starlink

Telefon Pintar vs Starlink

Telefon Pintar merupakan peranti kecil yang sangat berguna dan penting pada masa kini dan kebanyakkannya semakin canggih dan mampu melakukan pelbagai kegunaan.

Malahan ia mampu menerima dan menghantar maklumat masuk dan keluar dari peranti, dimana ia membuatkan perhubungan antara dua pihak dapat dilakukan dalam jarak yang jauh.

Namun, maklumat terbaru yang diterima mendapati bahawa piring Starlink dikatakan menggunakan Quad-Core CPU dengan ARM Cortex A-53 cores. Dimana ia prosesor ini digunakan pada peranti jenis entry-level.

Sebelum itu, Apa itu Starlink? Starlink adalah projek yang dilaksanakan oleh syarikat Space X yang diusahakan oleh Elon Musk dalam memberikan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dengan letancy yang rendah.


Dengan itu pengguna memerlukan, piring yang diberikan oleh Starlink mampu menghantar dan menerima signal yang dari satelit untuk memberikan perkhidmatan rangkaian yang pantas.

Namun persoalannya, mengapa ia mempunyai prosesor yang rendah berbanding peranti anda?

Hal ini kerana piring starlink bertindak menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk frekuensi radio, dengan itu ia tidak memerlukan prosesor yang lebih canggih bagi melaksanakan tugas yang mudah.

Berbanding peranti anda, ia memerlukan pemprosesan yang pelbagai pada sebuat unit prosesor termasuk menjalankan sistem, menerima dan menghantar rangkaian, memproses grafik pada paparan dan sebagainya.

Malahan, dengan menggunakan prosesor asas dapat mengurangkan kos penghasilan, malah mengelakkan harga yang terlampau tinggi ketika penjualan dilakukan. Walaupun harga pada masa ini agak sedikit tinggi kepada pengguna di Malaysia.

Apa komponen yang terkandung pada Piring Starlink?

  • Prosesor quad-core Cortex-A53
  • 4GB MultiMediaCard (eMMC)
  • Secure Element Chip (komponen keselamatan yang digunakan pada iPhone)

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)