
Powerbank terbaru keluaran Xiaomi yang baru sahaja diperkenalkan di India baru-baru ini mampu mengecas pelbagai peranti pada masa yang sama. Mi Power Bank Hyper Sonic projek memulakan crowdfunding bagi yang berminat dan mampu menampung 50W pengecasan pantas.
Dengan bateri berkapasiti 20,000mAh dan mempunyai rekaan yang dibina dengan polycarbonate + “ABC material” ia mampu memberikan pengecasan 50W Pengecasan Pantas kepada peranti telefon pintar dan sehingga 45W Pengecasan Pantas kepada komputer riba melalui USB Power Delivery (PD) 3.0.

Spesifikasi | Parameter |
Dimensi | 153.5×73.5×27.5mm |
Kapasiti | 20,000mAh |
Port | 2x USB-A 1x USB-C |
Input | Maksimum 45W USB-C: 5V-3A / 9V-3A / 12V-3A / 15V-3A / 20V-2.25A |
Output | Maksimum 50W USB-A (Dual-port): 5V/3A USB-A (Single port): 5V/3A, 9V/2.23A, 12V/1.67A, 10V/2.25A Max USB-C: 5V-3A / 9V-3A / 10V-5A / 12V-3A / 15V-3A / 20V-2A |
Tempoh Pengecasan | 3 Jam 50 Minit |
Menurut Xiaomi, Mi 11X dengan bateri 4500mAh mampu di cas penuh dalam tempoh 1 Jam 5 minit dengan menggunakan powerbank ini. Manakala Laptop Lenovo L480 mengambil masa 2 jam 27 minit bagi memberikan bateri berkapasiti penuh dari kosong.
Tambahan, ia juga mampu berada dalam “low power mode” untuk mengecas smartwatch, earphones, fitness band dan sebagainya. Malahan, aksesori ini mempunyai sistem yang boleh mengelakkan litar pintas berlaku padanya.