
Masih menggunakan peranti Android keluaran 2011 dan kebawah kerana ia merupakan harta pusaka turun temurun. Maka sudah tiba masanya untuk “move on” dan membeli peranti baru.
Bunyinya agak sedih, namun masanya telah tiba kerana Google akan menghentikan fungsi Gmail, Youtube dan servis lain pada peranti lama yang menjalankan perisian Android 1.0 sehingga 2.3.7.
Dengan itu, walaupun peranti anda mempunyai bateri dan rangkaian, namun anda tidak dapat menggunakan servis yang ditawarkan oleh Google. Hal ini termasuk menaiktaraf aplikasi dan memuat masuk kedalam aplikasi yang menggunakan akaun Google.
Inisiatif ini diambil bertujuan memastikan keselematan pengguna hal ini kerana model peranti lama mempunyai pelbagai kelemahan dalam keselamatan.
Peraturan ini akan bermula pada 27 September 2021 ini.

Bagaimana dengan pengguna dengan Android 3.0? Menurut Google berkemungkinan sebahagian dari pengguna akan terkena dengan isu ini. Maka kami galakkan untuk pengguna menukar peranti baharu termasuk kepada keluarga yang mempunyai ibubapa yang masih menggunakan peranti lama.
