
Google Tensor adalah nama khas yang diberikan kepada chip pertama yang dibina oleh Google. Chip “Whitechapel” adalah code nama yang digunakan semasa pembuatan.
Peranti Pixel selama ini menggunakan chip prosessor Snapdragon keluaran Qualcomm iaitu Snapdragon 765 dan Snapdragon 865. Malahan sejak dari tahun lepas, laporan berkenaan “Whitechapel” sentiasa dikhabarkan.
Kini, Google akhirnya memperkenalkan komponen itu secara rasminya akan digunakan pada Pixel 6 dan Pixel 6 Pro melalui laman Twitter mereka.
Tambahan prosessor ini juga bakal digunakan pada peranti Chromebook keluaran Google. Disamping itu, nama Tensor pernah digunakan oleh Google pada perkakasan “machine learning” mereka seperti “Tensor Processing Unit,” yang digunakan untuk sistem Google Cloud pada Pixel 4 Series dan Neural Core untuk mempercepatkan “image processing”.
Malahan, seperti yang dinyatakan oleh syarikat tersebut bahawa Pixel 6 mempunyai fungsi untuk mengaplikasikan HDR pada setiap frame pada video dan menterjemah audio pada masa yang sama.
Namun persoalannya, bagaimanakah performance prosessor ini? Adakah ia lebih baik dari komponen buatan pesaing mereka seperti Snapdragon milik Qualcomm, Kirin milik Huawei dan M1 milik Apple.
