
Adakah pengguna Huawei akan terjejas apabila Google menggunakan AAB berbanding APK? Perlukah beli peranti baru? Macam mana nak guna playstore? Macam mana nak pasang aplikasi sendiri? Macam mana dengan Harmony OS? Merupakan persoalan yang menjadi tanda tanya rakyat Malaysia malah pelbagai info disebarkan bahawa pemindahan Google dari APK kepada AAB adalah menjejaskan syarikat tersebut.
Menjawab persoalan berikut, Huawei telah memperkenalkan Harmony OS kepada pengguna Huawei untuk memperbaiki masalah mereka kerana tidak dapat menggunakan servis yang diberikan oleh Google. Namun, Harmony OS membolehkan pengguna menyokong APK dan menjalankan aplikasi tersebut. Namun adakah format AAB akan menganggu ekosistem Harmony OS?
Menurut Wang Chenglu, Excutive Huawei menyatakan bahawa pekara itu tidak menjejaskan mereka kerana format AAB itu adalah fungsi yang sama ada pada Harmony Atomic Service (HAS). Dengan kata lain, kedua-dua OS tersebut mempunyai infrastruktur yang sama. Malah ia merupakan teknologi yang sama yang tiada pada pesaing mereka iaitu iOS milik Apple.
Berdasarkan dokumen yang dibentangkan oleh Huawei menunjukkan bahawa peranti tersebut mampu menyokong AAB. Malah AAB telah wujud sekian lama, tidak mustahil bahawa pihak Huawei tidak menyediakan fungsi ini. Tetapi buat masa ini, tiada aplikasi maklumat sama ada ia akan berfungsi pada masa akan datang.