Android 12 Beta 2: Pixel 5 Akan Menerima ‘COLUMBUS’

Google telah dikatakan sedang membina gesture pada peranti Pixel dimana ia membolehkan pengguna sentuh dua kali pada belakang peranti untuk melaksanakan aktiviti tertentu seperti “screenshot”, main dan hentikan media, menyemak notifikasi dan membuka aplikasi yang dipilih.

Fungsi ini dilakukan apabila disentuh dua kali pada belakang peranti, bukan pada paparan mahupun pada pengesan cap jari. Ia merupakan satu inovasi yang bagus pada pixel. Tambahan, ia dikatakan mampu berfungsi walaupun dengan sarung terpasang cuma pengguna perlu menyentuhnya dengan agak sedikit kuat.

Pada naik taraf terkini, fungsi ini akan didapati hanya pada Pixel 5 dan beberapa peranti Pixel 4a 5G.Cara-cara:Settings > System > Gestures > Quick TapSumber Gambar: 9to5Google

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)