Android 12 Beta 4: Anda Boleh Kawal Peranti Dengan Muka

Android 12 Beta 4

Android 12 akan dihadiri dengan fungsi terbaru ia itu untuk membantu kepada golongan yang kelainan upaya dimana “camera switches” adalah fungsi terbaru yang membolehkan pengguna mengawal peranti.

Bagaimana ia berfungsi?
Dengan mengesan beberapa gerak geri pada wajah pengguna akan menjalankan aktiviti yang diinginkan. Namun mungkin anda tertanya, bagaimana kalau pengguna menunjukkan gerak geri secara tidak sengaja. Sebagai contoh, kelip mata untuk menekan butang “home”, tidakkah ia akan menyusahkan?

Jawapannya tidak, pada fungsi ini pengguna perlu melengkapkan beberapa dan bukannya satu gerakkan sahaja untuk mengaktifkan. Seperti 2-3 gerak geri baru akan melengkapkan satu aktiviti. Yang pastinya anda mampu untuk menetapkkan tetapan itu buat masa ini.

Malahan, anda boleh menetapkkan tahap reaksi yang diterima oleh kamera untuk mengelakkan aktiviti tersebut akan berlangsung secara berterusan.

Tambahan pula, Google juga telah membuka API ini kepada developer untuk membolehkan pengguna membina aplikasi mereka dengan fungsi ini.

Apabila menggunakan “Camera Switches” notifikasi akan di paparkan untuk menunjukkan bahawa aplikasi ini sedang berjalan. Dengan itu, pengguna dapat memastikan peranti berada dalam tahap keselamatan yang baik.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)