
Panggilan video merupakan satu fungsi yang sangat digunakan pada masa kini membolehkan pengguna berinteraksi dengan pihak lain secara maya. Namun disebabkan terhadnya kewujudan aplikasi membuatkan pengguna sukar untuk melakukannya kerana setiap pengguna mempunyai peranti dengan OS yang berbeza.
Kini dengan hadirnya iOS 15 dengan naiktaraf pada aplikasi FaceTime pada iOS. Aplikasi tersebut akan hadir pada peranti Android dan PC. Dimana pengguna FaceTime pada iPhone boleh menghantar link FaceTime kepada rakan mahupun keluarga yang menggunakan peranti berbeza. Dengan itu, ia akan membuka ruang panggilan video menggunakan pelayar web (web browser).
