Aplikasi Fakespot Dibuang Dari iOS, Arahan Amazon

Aplikasi Fakespot

Aplikasi Fakespot digunakan oleh pengguna untuk membuang fake review yang dihasilkan oleh pasaran atas talian seperti Amazon, BestBuy, Ebay, Walmart, Shopify dan Sephora. Tambahan, dengan menutup review palsu aplikasi tersebut akan menayangkan hasil review milik mereka.

Menurut Saoud Khalifah, founder kepada Fakespot menyatakan bahawa aplikasi mereka itu dibuang tanpa diberi alasan. Walaubagaimanapun, para developer mereka mendapati bahawa Amazon meminta kepada Apple untuk membuang aplikasi tersebut.

Hal ini kerana, ia bertindak sebagai aplikasi pihak ketiga seperti ‘extension’ jika digunakan pada pelayar web. Tambahan, Amazon menyatakan bahawa Fakespot membuat ‘injection’ kepada website mereka yang boleh menyebabkan maklumat menjadi salah faham berkenaan peniaga.

Malah, pihak Amazon mengaku berkenaan permintaan yang dibuat kepada Apple dengan menggunakan peraturan 5.2.2, dimana pengguna dihalang menggunakan pihak ketiga kedalam aplikasi tanpa kebenaran. Dengan itu, Fakespot di buang kerana melanggar salah laku tersebut.

Manakala, pihak Fakespot pula menyatakan bahawa Amazon bukan sahaja meminta untuk aplikasi tersebut dibuang malah membeli “perkataan” Fakespot itu sendiri dari App Store, dimana dengan mencari aplikasi tersebut akan menunjukkan aplikasi Amazon yang pertama tersenarai dalam store tersebut sebagai “iklan” dan baru diikuti aplikasi lain yang mempunyai kata kunci yang sama dengan “Fakespot”.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)