Apple Uji Paparan Baru dengan Chip A13 dan Neural Engine

Apple Pro Display XDR

Appe Pro Display XDR merupakan peralatan aksesori yang penting bagi pengguna Mac. Kini, Apple dikatakan sedang menguji dan membina paparan terbaru bagi produk itu.

J327 adalah gelaran nama yang diberi kepada model ini. Namun tiada maklumat yang lengkap buat masa ini. Tetapi apa yang jelas ialah model ini menggunakan chip A13 Bionic dengan Neural Engine.

Dengan teknologi digunakan, paparan ini dapat menambah baik teknologi “machine learning”. Dengan itu, ia mampu memberikan performance yang lebih baik kepada pengguna apabila menjalankan grafik yang tinggi.

Disamping itu, Apple mengatakan bahawa mereka juga membina paparan yang lebih murah kepada pengguna biasa, Namun ia tidak menyatakan bahawa paparan terbaru ini akan menjadi produk itu kerana J327 dikatakan adalah model yang akan meneruskan legasi Pro Display XDR.

Dijangkakan bahawa harga paparan ini akan lebih mahal berbanding Pro Display XDR yang ada pada masa kini.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)