Bagaimana Galaxy Z Fold 3 dan Flip 3 Mampu Kalis Air?

Bagaimana Galaxy Z Fold 3 dan Flip 3 Mampu Kalis Air

Samsung telah melancarkan peranti lipat mereka bagi generasi ketiga dan pada versi sebelumnya, ia masih tidak mampu memastikan peranti tersebut mempunyai fungsi kalis air dan debu dengan baik oleh disebabkan banyak komponen yang bergerak pada peranti.

Tapi pada model terbaru Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 ini, kejuteraan Samsung dapat memastikan peranti ini mampu menerima fungsi dan keselamatan kalis air.

Jadi bagaimana untuk menyelesaikan isu ini? Untuk menghalang debu dan air pada bahagian engsel pada peranti adalah agak sukar kerana ia banyak bergerak maka apa yang dilakukan adalah dengan memberikan fungsi ini terus kepada setiap komponen berbanding keseluruhan peranti seperti yang dilakukan pada peranti selama ini.

Pada komponen ini, Samsung meletakkan getah penambat yang menghalang air dari memasuki ke dalam ruang dan lubang yang ada pada peranti tambahan juga ruang lain ditutup dengan pelekat sensitif tekanan seperti pada peranti yang akan menyebabkan air yang masuk pada paparan sebagai contoh akan mengalir ke dalam rangka badan dan tidak menjejaskan paparan atau mana-mana komponen lain.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)