YouTube telah melancarkan fungsi short video sebagai pesaing TikTok pada July lalu secara Global dan kini ia boleh digunakan pada 100 buah negara.
Bagi mengalakkan pengguna untuk menggunakan YouTube Short, Google telah melancarkan program YouTube shorts fund sebanyak $100 Million untuk diberikan kepada content creator sebanyak $10,000 sebulan sekiranya membuat video pendek pada platform itu.
Menurut YouTube Shorts Fund, pengguna yang layak boleh menerima sekitar RM400 sehingga RM42K sebulan bergantung pada lokasi dan performance channel.
Sebelum itu, beberapa kelayakkan yang perlu diikuti adalah tertakluk dengan syarat-syarat yang dikeluarkan dan YouTube Policies. Pengguna yang memuat naik semula video dari platform lain juga akan ditolak.
Video yang dikhasilkan adalah bersih dan asli semasa dimuat naik. Serta video yang diambil dari video pihak lain juga akan ditolak kelayakkan pengguna untuk menerima bonus ini.
Namun, sebelum rakyat Malaysia gembira dengan berita ini. Satu berita buruk adalah program ini tidak disokong di Malaysia. Ia tertakluk pada
- Brazil
- India
- Indonesia
- Japan
- Mexico
- Nigeria
- Russia
- South Africa
- United Kingdom
- United States
Tetapi, sekiranya anda adalah content creator dari Malaysia. Mungkin ini bukanlah bermakna ia sesuatu yang perlu dikhuatiri. Bangkit dan bina platform anda agar Malaysia menjadi negara yang akan memperoleh program dari Google dimasa hadapan.