Cara Pindah Chat WhatsApp dari iPhone ke Android

Pengguna kini boleh memindahkan chat dari peranti iPhone ke Android. Dimana pengguna tidak memerlukan internet yang kuat untuk memuatnaik dan memuat turun dari ‘cloud’ seperti Google Drive. Hanya memerlukan wayar penyambung sahaja.

Peringatan: Kaedah ini hanya boleh dilakukan dari iPhone ke Android sahaja. Dan tidak boleh dilakukan sebaliknya buat masa ini. Tambahan buat masa ini ia hanya terhad kepada peranti Samsung.

SYARAT-SYARAT UNTUK MEMASTIKAN IA BERJAYA

  • Aplikasi Samsung SmartSwitch versi 3.7.22.1 dan keatas
  • WhatsApp iOS versi 2.21.160.17 dan keatas
  • WhatsApp Android versi 2.21.16.20 dan Keatas
  • Wayar USB-C to Lightning
  • Menggunakan nombor WhatsApp yang sama
  • Peranti Android hendaklah dalam keadaan kilang yang baharu



CARA MEMINDAHKAN CHAT WHATSAPP:
1. Sambungkan iPhone dengan Peranti Android menggunakan wayar lightning kepada USB-C.
2. Ikuti langkah yang ditunjukkan pada Samsung Smart Switch
3. Scan QR Code menggunakan iPhone.
4. Tekan ‘Start’ pada iPhone dan tunggu sehingga selesai.
5. Ikuti langkah pada peranti Samsung sehingga selesai.
6. Log Masuk ke WhatsApp menggunakan nombor yang sama dan Pilih ‘import’.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)