Copy Dan Paste Tulisan Pada Gambar Dengan iOS 15

copy and paste ios 15

Copy dan Paste merupakan fungsi yang sangat berguna pada masa kini. Dimana pengguna boleh menyalin apa-apa nota sebagai rujukan dengan mudah. Pada iOS 15, Apple telah menambah fungsi yang dipanggil Live Text yang boleh mengenal pasti tulisan pada viewfinder kamera atau pada gambar yang telah diambil.

Sebagai contoh, terdapat nombor yang anda ingin gunakan untuk hubungi. Anda hanya perlu menggunakan fungsi ini dan ia terus mengesan sekiranya tulisan yang dianalisa itu adalah nombor panggilan. Sekiranya benar, anda boleh terus menekan pilihan untuk memanggil.

Langkah mudah
1. Buka aplikasi “Photos” pada iPhone atau iPad anda.
2. Cari gambar yang mempunyai tulisan seperti menu, nama kedai dan sebagainya
3. Anda boleh zoom sekiranya tulisan berada dalam keadaan kecil
4. Tekan dan highlight pada perkataan yang ingin disalin.
5. Lepaskan jari anda dari paparan dan pilih Copy.
6. Kemudian pilih aplikasi yang anda inginkan untuk meletakkan tulisan yang telah dipilih.

Nota: Menurut pihak Apple fungsi ini juga berkesan pada tulisan yang ditulis tangan kerana ia mempunyai fungsi “Optical Character Recognitions”.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)