Dark Mode HarmonyOS 2 Boleh Di Jadual Dan Juga Tetap.

dark-mode- harmony os 2

Dark Mode merupakan fungsi yang sangat berguna pada masa kini. Dimana ia bukan sahaja bertindak sebagai tema kepada peranti untuk memberikan aesthetic dan elegan malah ia juga bagus dalam mengurangkan sakit mata pada waktu malam kerana kecerahan paparan.

Pada tahun lepas, Huawei memperkenalkan EMUI 11 dan dark mode telah wujud sejak EMUI 9.1. Namun tiada funsgi baharu. Dan pengguna mengharapkan fungsi penjadualan dark mode akan berada pada EMUI 11. Tetapi fungsi ini diimplikasikan pada HarmonyOS 2 berbanding EMUI 11. Pengguna boleh menetapkan tempoh waktu untuk peranti tersebut menukar kedalam tetapan dark mode secara sendiri.

Mengapa penjadualan dark mode sangat penting?
Perubahan kecerahan pada persekitaran bertindak keatas bagaimana mata manusia berfungsi. Dimana sekiranya kecerahan pada persekitaran lebih tinggi berbanding paparan, maka paparan akan kelihatan gelap. Malah jika sebaliknya, paparan akan kelihatan terlampau cerah.

Di bawah merupakan Youtuber The Action Lab menerangkan situasi yang berlaku.

Jadi sistem penjadualan sangat membantu kerana pengguna tidak perlu membuka tetapan untuk setiap kali memastikan peranti dalam keadaan yang tersedia untuk digunakan dan dilihat dengan baik.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)