Bekas Pekerja Whatsapp Bina Aplikasi Facebook Sendiri

Bekas pekerja yang diupah dalam menguruskan Whatsapp kini membina aplikasi sosial media tersendiri. Aplikasi ini dikatakan akan menjadikan facebook sebagai pesaing. Namun ia bertindak agak berbeza dan tiada iklan yang akan ditawarkan. HalloApp adalah aplikasi yang baru dilancarkan beberapa jam lalu.

Jika digunakan, pengguna boleh mengalami perasaan Whatsapp + Facebook + Messenger. Dimana ia hanya menggunakan kenalan pada telefon anda. Sekiranya pengguna tidak menyimpan nombor telefon pengguna. Maka mereka tidak dapat melihat post yang dibuat oleh kenalan.

Tambahan, menurut developer yang membina aplikasi ini menyatakan bahawa mereka ingin fokus kepada privasi dan tidak akan menyimpan data pengguna sebagaimana facebook. Neeraj Arora dan Michael Donhoue merupakan co-founder kepada HalloApp dimana mereka telah bekerja dengan Whatsapp dari awal sehingga selepas Facebook membelinya juga. Malah, Arora merupakan manager tertinggi di Whatsapp sehingga 2018. Manakala Donhue adalah Pengarah Kejuteraan selama sembilan tahun sebelum meninggalkan facebook pada 2019.

HalloApp-Wall Post
Wall Posts
HalloApp-Group
Group
HalloApp-Chat
Chat

Buat masa ini, pengguna boleh post status dan gambar sahaja. Namun sebagai pesaing, aplikasi ini masih kurang fungsi yang berada di facebook. Tetapi mereka dikatakan akan menambah fungsi yang ada pada aplikasi tersebut.

HalloApp-Text Post
Text Posts
HalloApp-Group Post
Group Post
HalloApp-Single Image
Single Image Post
HalloApp-group post on wall
Group Post akan ditunjuk pada wall sebagaimana facebook
HalloApp-Multiple image
Multiple Image Post
HalloApp-Friends Wall
Profile kenalan akan menunjukkan post yang mereka lakukan

Malahan jika anda sedari, pada hujung kanan bawah akan ada icon profile rakan, ia menunjukkan bahawa kenalan yang telah melihat post anda (Seen by) sebagaimana Whatsapp. Untuk ruang chat.

Anda boleh mengubah warna latar belakang mengikut kehendak pengguna.
Chat antara kenalan
Menghantar banyak gambar akan ditunjuk dalam bentuk “slide” berbanding “collage”

Manakala sistem privasi adalah bertindak seperti Whatsapp, anda boleh benarkan kenalan tertentu sahaja yang boleh melihat post anda sebagaimana fungsi “story”.

Aplikasi ini masih kurang dengan pelbagai fungsi dan ia kelihatan memberi peluang yang baru namun pengguna di Malaysia telah biasa dengan facebook malah agak sukar untuk mereka berubah dari sosial media yang ada buat masa ini akan menjadikan sukar untuk aplikasi baharu untuk memasuki pasaran sedia ada. Malahan kita lihat banyak juga pesaing yang telah mencubanya namun gagal.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)