Face Unlock Windows Ditipu Guna Gambar Spongebob

Face Unlock

Face Unlock merupakan fungsi yang bagus digunakan dalam memastikan tahap keselamatan pengguna yang tinggi. Microsoft telah membina sistem Windows Hello untuk digunakan pada produk dengan pelbagai jenis jenama.

Berdasarkan laporan dari Wired, Sektor Keselamatan CyberArk telah berjaya memanipulasi sistem pengenalan muka itu hanya dengan menggunakan gambar pemiliknya sahaja.

Windows Hello menggunakan kamera dengan sensor RGB dan infra merah dalam sistem mereka. Untuk memastikan kaedah ini berjaya, pihak pengkaji keselamatan menggunakan sambungan USB asing dan bertindak sebagai kamera olok-olok yang mengandungi maklumat infra merah dan gambar RGB Spongebob. Dengan kaedah itu, mereka boleh membuka sistem kunci itu serta merta.

Namun bagi pengguna yang ingin mencubanya, tempoh anda telah tidak berjaya hal ini kerana pihak Microsoft telah menaiktaraf dan memperbaiki sistem ini pada patch yang dipanggil “Hello Security Feature Bypass Vulnerability”. Dan mereka juga menyatakan bahawa akan encypt maklumat data muka pengguna.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)