Fairphone 4 Diiktiraf Menerima Android 11 dan Sokongan 5G

Fairphone 4

Fairphone adalah peranti keluaran syarikat Dutch yang dimana 40 peratus dari pembuatannya menggunakan bahan kitar semula, malahan ia memberikan khidmat untuk naik taraf komponen kamera peranti. Kini, brand tersebut bakal melancarkan peranti Fairphone 4.

Peranti tersebut akan menerima sokongan 5G dan akan menjalankan operating system Android 11. Buat masa ini tiada maklumat yang terperinci bagi model terbaru itu. Berkemungkinan ia akan menerima spesifikasi yang lebih baik dari model sebelumnya.

Bagi model Fairphone 3+, peranti tersebut menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 632, paparan 5.65-inci dengan Full HD+ LCD serta 4GB RAM dan 64GB Storan. Dengan rekaan yang unik ini, peranti tersebut adalah antara peranti yang mampu diperbaiki dengan mudah.

Namun kekurangannya ialah spesifikasi peranti tersebut adalah rendah jika nak dibandingkan dengan kebanyakkan peranti yang ada pada masa kini.


Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)