
Galaxy S22 dianggarkan akan dikeluarkan pada awal 2022. Malah pelbagai maklumat telah didedahkan akan fungsi dan spesifikasi peranti tersebut.
Maklumat terbaru yang datang dari FronTron menyatakan bahawa peranti tersebut akan menerima pengecasan pantas 65W pada ketiga-tiga model Galaxy S22, dimana sebelum ini Galaxy S21, S20 Ultra dan galaxy Note 10 Plus hanya mempunyai 45W pengecasan pantas.

Peranti persaing yang telah menggunakan pengecasan pantas seperti OnePlus 9 pro dan Xiaomi Mi 11 Ultra telah memberikan keputusan pengecasan pantas dengan hanya mengambil kurang dari 40 minit untuk penuh manakala 29 minit bagi OnePlus.
