Google Bina Aplikasi “Switch to Android”, Pindah Data dari iOS

Google and Apple

Google sedang membina aplikasi untuk pengguna iOS yang dipanggil “Switch to Android” untuk membolehkan pengguna memindahkan data dari iPhone kepada Android.

Aplikasi ini bertindak dengan memuatnaik data ke Google Drive dan pengguna boleh memuat turun semula ke peranti Android mereka. Proses backup ini termasuk data penting serta gambar yang berada pada iPhone. Namun data dari aplikasi tertentu perlu di backup secara manual kerana Google tidak mempunyai kuasa keatas aplikasi tersebut.

Fungsi ini sama seperti fungsi yang dihasilkan oleh Apple dengan aplikasi “Move to iOS”

1. Muat turun aplikasi dari App store
2. Pergi ke Wifi Setting (iPhone), Hotspot akan dijalankan (Android)
3. Sambung kepada wifi yang disediakan (iPhone)
4. Aplikasi akan melakukan pemindahan secara automatik

Rujuk: Switch Step, segala langkah dan fungsi berkemungkinan akan berubah atau di perbaharui oleh Google.

Namun setakat ini tiada langkah yang jelas dan kemampuan fungsi aplikasi tersebut. Dimana, ia dikatakan boleh memindahkan data dan aplikasi dan pada masa yang sama ia mustahil.

Pendapat: Sekiranya pemindahan aplikasi boleh digunakan, berkemungkinan Google membolehkan peranti mengenal pasti aplikasi dan memuat turun dari playstore dan pemindahan data boleh dilakukan selepas itu.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)