Google Meet: Adakah Sesuai untuk Webinar?

google-meet

Google meet digunakan secara meluas dan popular dalam kalangan sektor pendidikan dimana ia digunakan pada suasana pandemik. Hal ini kerana ia mampu menyokong jumlah pengguna yang ramai dan mampu memberikan fungsi yang baik tanpa pengguna perlu memuat turun untuk menggunakannya.

Namun di Malaysia, ia digunakan untuk menjalankan program seperti Seminar, Webinar dan Forum dimana ia sangat berguna. Namun mengawal jumlah penonton yang ramai dalam satu platform agak sukar kerana berkemungkinan ada pengguna yang tidak pernah menggunakannya.

Pekara ini agak sukar kepada pengangjur untuk memastikan penonton berinteraksi pada masa yang sesuai dengan mematikan mikrofon. Oleh itu ramai pengguna menggunakan platform berbeza untuk memudahkan pengguna melancarkan sesi live mereka melalui Youtube, Twitch dan sebagainya. Namun kebanyakkannya akan dikenakan bayaran walaupun bagi pengguna dengan mempunyai program yang kecil mahupun pelajar.

Kini, Google Meet telah mengimplikasikan fungsi Youtube Livestream kepada pengguna Google Meet, dimana pengguna boleh melancarkan sesi Live mereka tanpa perlu mendaftar mahupun menggunakan platform pihak ketiga untuk terus live di Youtube tambahan ia mengurangkan proses untuk menguruskan penggunaan live Stream. Dimana pengguna hanya perlu kongsi link live stream yang disediakan serta merta.


Fungsi ini terhad kepada pelanggan Google:

  • Enterprise Plus
  • Enterprise Standard
  • Education Plus
  • Teaching and Learning Upgrade


Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)