
Google Tensor adalah prosessor yang dibina oleh Google yang dikhaskan kepada Pixel 6 dan Pixel 6+ Pro. Setakat ini, tiada maklumat akan prosessor itu oleh Google.
Namun, laporan yang diperolehi adalah dimana prosessor ini diuruskan oleh Samsung iaitu dimana ia menggunakan teknologi 5nm milik syarikat itu.
Tambahan, laporan ini semakin jelas dengan penyataan yang dikeluarkan oleh Nikkei Asia dimana Google Tensor menggunakan pembuatan 5nm yang sama pada chip Snapdragon 888 dan Samsung Exynos 2100.
Google did not disclose who will manufacture the Tensor chip for Pixel, but sources familiar with the matter told Nikkei Asia that Samsung handle production using its advanced 5-nanometer process technology.
-Nikkei Asia
Malahan jika dilihat kebelakangan ini juga, Google banyak membuat perbincangan dengan Samsung malahan melibatkan diri dalam Fuchsia OS. Maka jelas bahawa Samsung terlibat dalam pembinaan prosessor ini.