
HarmonyOS merupakan operating sistem yang dibina oleh Huawei Technologies Co., Ltd. selepas syarikat tersebut hilang kebolehan untuk menggunakan sistem Android kerana telah di senarai hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat. Dengan itu, pembinaan Huawei OS dijalankan bagi memudahkan pengguna Huawei dapat menikmati servis mereka seperti sediakala.
Namun beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya ialah adakah operating system itu adalah dibina dan bukan hadir pada daripada pembinaan pada android?
1. HarmonyOS merupakan sistem sumber terbuka dan masih menyokong aplikasi Android. Dengan itu, pengguna dan developer boleh melihat dan membaca setiap rekod dan pembinaannya seperti Android. Maka sudah tentu developer seluruh dunia dapat mengenalpasti sekiranya OS tersebut merupakan cetak rompak.
2. Mengapa HarmonyOS boleh menjalankan aplikasi android sekiranya bukan cetak rompak? Pembinaan sebuah platform tidak menetapkan ia bahawa sebuah cetak rompak. Sebagai contoh, Windows OS dan Mac OS boleh membuka fail gambar yang sama seperti jpeg, png dan gif. Hal ini kerana kedua-dua OS tersebut telah membina aplikasi yang bersesuaian dengan OS tersebut. Maka Harmony OS dibina dalam keadaan yang sama untuk menyesuaikan ekosistem mereka kepada aplikasi.
3. Mengapa membina OS menggunakan aplikasi Android? ia akan memudahkan developer dalam membina aplikasi. Dimana pekara ini boleh dilihat dimana iOS dan Android tidak menyokong aplikasi antara satu sama lain dan membuatkan segala naik taraf aplikasi dan penerimaan fungsi terbaru diperolehi dengan tempoh berbeza. Dimana sebuah aplikasi perlu dibina dua kali.
4. Isu Android Signature pada sumber yang tersebar dimana Harmony OS mempunyai maklumat android. Untuk menyesuaikan ekosistem yang sama pada pembinaan yang berbeza, syarikat dan developer perlu mempelajari cara sistem Android berfungsi. Oleh itu, Huawei menggunakan versi sumber code Android untuk mengetahui ia berinteraksi dan berfungsi. Namun versi tersebut bukanlah OS yang digunakan pada keluaran terbaru.
Namun dari manakah berita cetak rompak ini bermula? Adakah kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkannya? Berita ini bermula apabila China Mobile yang merupakan sebuah telekom terbesar China menyatakan bahawa
“Harmony OS merupakan Cetak Rompak Android dan tidak mendapat kelulusan dalam pengunaan wifi dimana peranti tersebut tidak dapat bersambung dengan sambungan yang baik menyebabkan pengguna memperolehi kelajuan yang pelahan.”

Manakala syarikat tersebut menindakkan penyataan tersebut dan mereka tidak menerima sebarang laporan berkenaan masalah Wifi daripada pengguna mereka.