
Huawei baru sahaja melancarkan pelan menaiktaraf storan peranti lama kepada yang baru bagi menyelesaikan isu storan kecil. Pelan ini diberikan 3 jenis pilihan berbeza 128GB, 256GB dan 512GB.
Pelan ini menyokong peranti lama seperti Mate 9 dan P10 dengan menggunakan prosessor Kirin. Menurut Huawei, tujuan pelan ini diberikan bagi memberikan khidmat kepada pengguna agar dapat menggunakan peranti mereka dalam tempoh yang lama.

Tambahan, pelan ini juga dibolehkan kepada pengguna Honor dan tempoh naiktaraf ini mengambil masa 10 hingga 15 hari. Namun sebelum anda melakukannya, sila semak peranti yang menyokong untuk naik taraf ini.


Ini merupakan inisiatif yang baik untuk memudahkan pengguna menaiktaraf kepada OS yang baru, malah membolehkan mengurangkan masalah kekurangan chip yang berlaku pada masa kini. Tetapi buat masa ini tiada berita samada program ini akan berlangsung pada cawangan Huawei di negara-negara lain.
