
Huawei telah menerima pengiktirafan paten dari World Intellectual Property Organisation (WIPO) pada awal tahun ini. Dalam dokumen yang diserahkan adalah berkenaan “Aperture, modul kamera, dan peranti eletronik” yang menerangkan enam bilah pada kamera milik mereka.
Maklumat:
Jumlah bilah memberi impak kepada ketepatan exposure dan depth of field kepada peranti dimana ia memberikan peranti gambaran yang lebih jelas dan berkualiti.
Teknologi ini boleh dilihat pada peranti kamera moden yang berada dipasaran pada masa kini dan kebiasaannya lensa yang mempunyai bilah yang banyak akan memiliki harga yang lebih tinggi kerana berkemampuan untuk memberikan kualiti gambar yang lebih baik.
Tambahan fungsi ini dapat mengawal jumlah cahaya yang memasuki kedalam paparan dimana akan lebih jelas gambar yang diambil dalam keadaan yang kurang pencahayaan.

Namun setakat ini tiada maklumat disebalik kejuteraan yang dilakukan pada teknologi aperture ini. Dan ia merupakan berita yang baik adalah kerana peranti telefon pintar pada masa kini menggunakan teknologi aperture yang kekal, maka kemampuan gambar yang diambil adalah terhad.
Dan anda mungkin menyedari terdapat syarikat yang telah membina sistem untuk mengawal aperture ini seperti Samsung namun pada konsep yang dibawa adalah menggunakan beberapa bilangan aperture yang kekal pada peranti dan kedudukan sensor dan kamera akan berubah pada aperture yang diinginkan.
