
Huawei Nova 8 diperkenalkan di pasaran Rusia dan kemudiannya diikuti oleh pasaran Filipina kerana tertarik dengan spesifikasi software yang digunakan.
Kemudiannya, syarikat tersebut terus mengembangkan pasaran peranti itu ke Malaysia. Dimana baru-baru ini, Ustav Raj berkongsikan di laman twitternya berkenaan permohonan SIRIM pada peranti itu pada 16 Ogos yang lepas.


Spesifikasi | Huawei Nova 8 |
Dimensi | 160.12 x 74.1 x 7.64mm |
Berat | 169g |
Paparan | 6.57-inci Full HD+ 2340 x 1080 90Hz OLED |
Prosessor | Huawei Kirin 820E Processor Mali-G57 GPU |
Memori dan Storan | 8GB + 128GB |
Kamera | 64MP Wide 8MP Ultrawide 2MP Depth 2MP Macro |
Kamera Hadapan | 32MP |
Sokongan | 4G Wi-Fi Bluetooth 5.0 GPS NFC Proximity sensor Light sensor Digital compass Gravity sensor Gyroscope |
Ports | USB Type-C 2.0 |
Keselamatan | Fingerprint (Dalam Paparan) |
Bateri | 3,800mAh non-removable |
Pengecasan | 66W Pengecasan Pantas |
Bagi pengguna Malaysia, mungkin anda menyedari model ini seperti telah dilancarkan sebelum ini dipasaran Malaysia namun model tersebut adalah Nova 8i dimana ia menggunakan Snapdragon 662 dengan kapasiti bateri 4,300mAh dan ia agak berbeza dengan model Nova 8.
Pastikan anda membeli peranti yang betul sebelum membayarnya kerana kedua-dua mempunyai spesifikasi yang berbeza yang mungkin akan mengubah pengalaman penggunaan.