Huawei Nova 9 Akan Menerima Kamera 1/1.56 RYYB 50MP

Huawei Nova 9 akan menggunakan sensor kamera 1/1.56 RYYB 50MP yang tidak digunakan pada peranti mereka yang lain. Sedangkan sensor ini mempunyai kualiti yang lebih baik.

TAPI APA ITU SENSOR KAMERA RYYB?
Asas kamera adalah dengan menerima jumlah cahaya yang memasuki kedalam lensa kamera dan dianalisis berdasarkan pixel warna merah, hijau, dan biru (RGB).

Manakala RYYB adalah dengan mengantikan pixel hijau kepada warna kuning dan menjadikkannya sebagai warna yang dominan. Malahan dengan RYYB, kualiti gambar akan lebih cerah dan baik dalam keadaan yang malap.

Tambahan, Huawei Nova 9 adalah peranti pertama yang akan menggunakan teknologi tersebut.

BILA IA AKAN DILANCARKAN?
Setakat ini tarikh pengeluaran peranti ini adalah pada 23 September tahun ini yang dilengkapi dengan HarmonyOS 2, 4500mAh, pengecasan super pantas 100W.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)