
Huawei baru sahaja memperkenalkan produk pembesar suara mereka yang beroperasi oleh HarmonyOS. Sound X akan dilancarkan pada 29 Julai ini bersama peranti flagship syarikat tersebut.
Malah mereka juga mengeluarkan video promo pertama bagi produk generasi terbaru.
Menurut beberapa info, Sound X akan menggunakan rekaan dan bentuk speaker pintar yang sama seperti sebelum ini namun dengan sedikit pengubahsuaian. Peranti ini diberi code nama “Flamingo”.
Flamingo merujuk kepada ciri-ciri peranti tersebut yang mempunyai kesan warna apabila diaktifkan. Dan tidak ketinggalan juga dimana dengan sistem HarmonyOS, pengguna boleh mengawalnya melalui fungsi One-touch Control pada telefon pintar.