Intel Keluarkan Driver untuk Grafik Bagi Windows 11

Intel Auto HDR

Intel telah mengeluarkan driver untuk grafik bagi windows 11. Naik taraf ini dengan nombor siri 30.0.100.9684 merupakan driver pertama yang menyokong Display Driver Model (WDDM) pada windows. Ia juga dikatakan menyokong Windows Subsystem bagi Linux. Windows 11 juga akan menambah sokongan kepada GUI aplikasi Linux. Maka kita akan dapat lihat performance yang lebih baik.

Fungsi terbaru yang ada pada Windows 11 ialah Auto HDR dan driver milik Intel menyokong keatas sistem ini. Ia merupakan fungsi yang membolehkan permainan video menerima HDR walaupun tidak dibina dengan sokongan HDR. Dengan itu, pemain dapat melihat kualiti yang lebih baik pada permainan video yang tidak menggunakan HDR. Namun, ia hanya disokong oleh Intel Iris Plus Graphics (10th-gen) dan keatas.

Tambahan, pengeluaran awal sudah semestinya mempunyai beberapa masalah seperti bug atau sokongan yang gagal berfungsi dengan baik. Namun ia masih lagi berita yang baik kepada pemain diluar sana.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)