
Pada iOS 14.5, pengguna iPhone boleh membuka kekunci paparan apabila memakai “face mask” dimana ia memerlukan Apple Watch pengguna berdekatan.
Kini dengan fungsi itu, Apple membolehkan pengguna membuka paparan hanya dengan menggunakan siri di iOS 15. Dimana Apple Watch pengguna perlu hadir sebagai kunci untuk Siri mengenal pasti bahawa pemilik asal berdekatan dengan peranti. Maka dengan itu, pengguna boleh membuka kekunci paparan tanpa perlu menggunakan Face ID atau password.
Namun syarikat tersebut mengingatkan bahawa pengguna perlu memastikan Apple Watch mereka perlu mempunyai passcode yang aktif.