iOS15: Susun Dan Padam “Page” Pada “Home Screen”

iOS15 hadir dengan pelbagai fungsi terbaru, seperti boleh drag n drop fail antara aplikasi, membuka paparan menggunakan Siri, mencari ketika peranti sedang mati mahupun telah di factory reset. Ia merupakan naiktaraf yang sangat memberikan impak kepada pengguna iOS kerana ia memberikan kemudahakan kepada pengguna.

Mempunyai aplikasi yang tersusun dapat memudahkan pengguna dalam mengemaskini dan mencari bila diperlukan. Dengan itu, naiktaraf iOS15 yang terkini membenarkan pengguna untuk melakukan demikian. Naiktaraf ini membolehkan pengguna menyusun malah padam berbanding menyahaktifkan seperti versi iOS sebelum ini. Dimana ia akan menambahkan kelancaran OS.

Cara-cara Menyusun Muka pada Paparan Utama:
1. Sentuh lama pada paparan utama
2. Tekan butang “dot” pada bawah paparan
3. Apabila semua paparan ditunjukkan, anda boleh “drag” untuk susun
4. Tekan “Done” pada hujung atas kanan paparan anda.

rearrange-page-on-ios15

Cara Memadam Muka Paparan Utama:
1. Sentuh lama pada paparan utama
2. Tekan butang “dot” pada bawah paparan
3. “Untick” Muka yang ingin dipadam
4. Tekan butang (-) pada muka tersebut
5. Tekan “Done” pada hujung atas kanan paparan anda.

Nota: Aplikasi pada muka yang dipadam tidak akan hilang, ia masih boleh didapati pada App Library sehingga pengguna meletakkannya semula pada paparan utama. Tambahan ia memberikan pengguna untuk mempunyai paparan utama yang lebih kemas mahupun mudah mengurangkan paparan untuk dialih ketika mencari aplikasi.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)