Jio merupakan syarikat telecom di India dan baru-baru ini mereka mengumumkan peranti terbaru mereka iaitu JioPhone Next dan peranti ini juga adalah peranti yang dibina dengan kerjasama dengan Google.
Berdasarkan Mishaal Rahman, peranti tersebut menggunakan chipset Qualcomm’s 215 dengan clock-speed sebanyak 1.3Ghz dan 4 module Core ARM Cortex A53 serta dikategorikan sebagai peranti entry-grade seperti Nokia 1.4.
Peranti ini juga dikatakan menjalankan OS Android 11 dan memiliki 2GB RAM dan ia dijanjikan sebanyak 20 peratus lebih pantas. Ia juga mempunyai paparan dengan resolusi 1,440 x 720. Kamera utama yang digunakan adalah 13MP dan 5MP untuk kamera hadapan.