Kamera 108MP Terlalu Besar? Xiaomi Bina Kamera 200MP

xiaomi-200mp-kamera

Kamera 108MP pertama dikeluarkan oleh Xiaomi dimana ia pertama kali dilancarkan bersama Mi Note 10 pada 2019. Kemudian ia diikuti dengan Samsung dan beberapa syarikat lain. Setakat ini, itu merupakan saiz terbesar yang ditawarkan oleh peranti telefon pintar.

Beberapa info terbaru yang diperolehi ialah peranti yang dibina dengan menggunakan prosesor jenis SM8450, dengan paparan hyperboloid (melengkung) dan ditebuk untuk kamera hadapan. Namun berita yang menjadi tarikan ialah dimana ia menggunakan “200 Million Pixels”. Tambahan peranti ini dirujuk kepada produk Xiaomi yang sedang dibina.

SM8450 merupakan prosesor yang dibina sebagai pelapis Snapdragon 888 yang akan digunakan pada flagship 2022. Namun dikatakan ia bukan model bagi Snapdragon 888 Plus. Dan menggunakan teknologi 4nm.

Tetapi buat masa ini, kita tunggu sahaja akan info dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Xiaomi sendiri.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)