
Samsung membina sensor kamera yang lebih kecil. Isocell JN1 dengan 50 megapixel telah dibina dengan saiz 1/2.75 inci dengan saiz pixel sebesar 0.64 mikrometer. Dimana ia adalah lebih kecil berbanding 0.7 mikrometer yang digunakan pada sensor Isocell Slim GH1 dengan 43.7 megapixel pada 2019.
Tetapi kamera dengan pixel bersaiz rendah mempunyai kelemahan dalam mendapatkan maklumat dari cahaya yang memasuki ke kamera untuk mendapatkan gambar dengan resolusi yang lebih baik.
Mengikut Samsung, dengan sensor yang bersaiz kecil ini, memudahkan dalam pembinaan peranti dengan penggunaan kamera yang pelbagai dimana ia telah mengurangkan ketebalan modul kamera sebanyak 10%.
Tambahan dengan JN1, Samsung akan memanfaatkan teknologi pixel-binning untuk memperbaiki sensitiviti cahaya dimana kamera mereka akan menghasilkan gambar dengan resolusi 12.5 megapixel dan syarikat tersebut menyatakan bahawa teknologi ISOCELL 2.0 akan meningkatkan 16 peratus sensitif cahaya.
Pihak Samsung juga menyatakan bahawa bahagian ini sedang dibina secara banyak dimana ia menunjukkan bahawa ia akan digunakan pada peranti keluaran akan datang.