Kesan Pengecas Tiruan Dengan HarmonyOS 2

pengecas-huawei

Pengecas (aka charger) merupakan peralatan penting bagi peranti telefon pintar. Dimana ia digunakan untuk memastikan peranti mempunyai bateri mencukupi Namun penggunaan pengecas yang salah boleh menjejaskan kadar tenaga yang dipindahkan dari sumber kepada peranti.

Malahan, banyak peralatan pengecasan diluar sana dijual dengan kualiti yang rendah malah ada juga memberikan maklumat palsu dimana ia tidak mampu mencapai tahap pengecasan yang sepatutnya. Sebagai contoh, pengecasan pantas memerlukan tenaga sebanyak 30w keatas. Namun dengan produk yang kurang kualiti, ia hanya memberikan tahap tenaga pada 10w walaupun dijual sebagai peralatan pengecasan pantas.

Tambahan, fungsi ini dikeluarkan selepas beberapa isu dimana pengguna menyatakan bahawa peranti mereka mempunyai pengecasan yang perlahan. Dengan itu, pihak Huawei mengimplikasikan fungsi ini kedalam HarmonyOS untuk mengesan penggunaan pengecasan yang mempunyai tenaga rendah.

Dengan adanya sistem ini, pengguna dapat memastikan sekiranya pengguna mendapat peralatan yang palsu atau copy dari pihak peniaga yang menukar untuk mendapat keuntungan yang tinggi. Malahan ada juga peniaga yang dikatakan menjual pengecas dengan logo produk tersebut.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)