Leica Melancarkan Peranti Sendiri

Leica merupakan syarikat german dalam pembinaan kamera dan peralatannya. Syarikat ini pernah bekerjasama dengan Huawei dan yang terbaru adalah dalam pembuatan peranti Sharp Aquos R6. Kini, syarikat tersebut mengambil langkah untuk membina peranti tersendiri dengan nama “Leitz Phone 1”.


Nama peranti ini diambil daripada pengasas asal syarikat tersebut iaitu Ernst Leitz pada 1869. Rekaan peranti ini sama seperti peranti kamera milik mereka dimana ia mempunyai penutup silinder magnetik “Leica Red Dot Plus”.


Seperti Aquos R6, peranti ini dihadirkan kamera utama dengan sensor 1 inci 20-megapixel pada f/1.9 dan 12.6-megapixel kamera hadapan. Paparan 6.6 Inci IGZO OLED dengan resolusi 2730 x 1260 pixel serta 240Hz refresh rate. Tambahan ia mempunyai pengesan cap jari “3D Ultrasonic” dibawah paparan dimana ia mampu mengesan 2 jenis cap jari pada masa yang sama sebagai keselamatan.

Peranti Leitz Phone 1 ini juga menggunakan prosesor terbaru Qualcomm Snapdragon 888 dan 128GB RAM. Bagi storan pula ia menerima 256GB dan boleh menambah microSD sehingga 1TB. Kandungan Bateri 5000mAh. Dan yang paling utama, ia akan mengunakan Android 11 sebagai OS.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)