
LG membuat keputusan untuk menarik diri dari pasaran telefon pintar, namun tidak bermakna mereka menutup syarikatnya itu. Malahan, mereka masih membina aksesori bagi peranti telefon pintar.
Syarikat Korea itu memperkenalkan tiga barisan Earbuds Tone Free tanpa wayar dengan model high-end FP9 dimana ia mempunyai bersama bekas pengecasan dan bluetooth dongle yang boleh digunakan pada pelbagai keadaan.
Dua model lain ialah mid-range FP8 dan low-end FP9. Mempunyai fungsi active noise-cancelling dan dua naiktaraf spatial audio. Namun tidak dinafikan bahawa teknologi Spatial Audio dan Sony 360 Reality Audio sudah menjadi fungsi penting bagi aksesori ini.

Fungsi lain, ia mempunyai panggilan suara terbaru, dan Whispering Mode, dimana anda boleh menggunakan earbuds kanan sebagai mikrofon apabila didekatkan pada mulut.
Dan sebagai pengguna earbuds atau earphone, LG masih mengekalkan fungsi pembersihan kuman secara auto dengan sinaran UV. Namun ia terhad kepada FP8 dan FP9. Ia mampu membunuh kuman sehingga 99.9 peratus dalam masa 5 minit.