Mac Akan Menerima Kamera Berkualiti

Mac Camera

Mac keluaran Apple selama ini memiliki fungsi kamera dengan resolusi 720p. Selepas beberapa aduan dibuat oleh pengguna, akhirnya syarikat tersebut mengambil keputusan untuk menaik taraf kamera pada peranti mereka iaitu dengan resolusi 1080p.

Menurut DylanDKT, model MacBook Pro akan datang akan menerima naik taraf kamera dengan kualiti yang lebih baik. Berdasarkan penyataan beliau yang merujuk pada YouTuber Linus berkenaan kamera yang ada pada peranti laptop membuatkan pengguna kurang untuk membelinya. Hal ini kerana fungsi itu dibiarkan ketinggalan manakala pada peranti telefon pintar semakin lama semakin canggih.


Namun bagi pengguna Apple yang mempunyai masalah Chip Intel yang cepat panas, pihak Apple akan mengekalkan produk tersebut dengan kamera 720p. Buat masa ini hanya iMac dengan paparan 27-inci dan 24-inci sahaja yang telah menggunakan kamera 1080p.

Tetapi adakah tindakan ini merupakan tujuan sebenar Apple menaiktaraf peranti mereka berdasarkan pendapat yang dibuat oleh YouTuber ataupun pihak Apple melihat persaingan terhadap notis Microsoft yang meminta kesemua peranti yang menggunakan Windows 11 perlu menggunakan kamera berkualiti tinggi.

Pihak Apple berkemungkinan merasakan bahawa OS tersebut bakal mempunyai fungsi yang lebih baik berbanding OS milik Apple itu pada masa akan datang sekiranya mereka tidak melakukan penambaikkan kepada produk mereka.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)