MagSafe Dibina dengan 2 Bateri, Berbeza dengan PowerBank

MagSafe teardown

MagSafe adalah produk alternative kepada pengguna iPhone selain powerbank jika memerlukan jangka penggunaan bateri yang lebih lama. Buat masa ini, Apple tidak mendedahkan maklumat berkenaan produk ini namun pada maklumat yang dinyatakan pada bekasnya menyatakan ia mempunyai 1,460mAh atau 11.2 watt hour.

Berdasarkan channel YouTube milik Charger Lab, beliau menunjukkan isi kandungan Magsafe dan infrastruktuf produk tersebut. Seperti yang dijangkakan oleh pelbagai pihak bahawa ia mengandungi dua sel bateri berbanding satu.

Kedua-dua bateri ini merupakan bateri yang sama digunakan didalam iPhone, dengan itu pengguna boleh menanggarkan nilai sebenar bateri pada peranti pintar itu.

Disamping itu, ia memudahkan penghasilan produk sekiranya ia menggunakan komponen yang sama. Dengan itu, syarikat tersebut boleh mengelakkan sebarang pembaziran dalam proses penghasilan produk eletronik dan menjadikan ia lebih kepada mesra alam.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)