
Microsoft menambah fungsi edit gambar pada OneDrive menjadi sebuah langkah yang lebih dekat kepada “Google Photos”. Fungsi ini akan didapati pada aplikasi di Android dan diikuti pada versi web. Fungsi yang disediakan merupakan komponen asas seperti crop, rotate, flip, ubah brightness, exposure, contrast, highlight, shadows, dan color saturation.
Tambahan fungsi ini membolehkan pengguna menyimpan gambar yang tekah di ubah suai kepada fail baharu mahupun mengantikan kepada fail asal mengikut kehendak pengguna. Disamping itu, pengguna boleh mengembalikan ke sumber asal sekiranya pengguna membuat kesilapan kerana mereka mempunyai history version.
Buat masa ini, ia hanya boleh diperolehi pada versi personal dan akan hadir pada versi “school” pada masa akan datang.