
Kamera dibina dengan 3 jenis warna utama untuk membentuk gambar yang diambil. 3 sensor warna ini ialah merah, biru dan hijau dimana jumlah nisbah yang digunakan ialah 25% merah, 25% biru dan 50% hijau.
Tetapi pihak Microsoft mengambil tindakan untuk membina kamera dengan 4 jenis sensor warna iaitu merah, biru, hijau dan yang terakhir kuning. Idea ini diambil dari logo mereka sendiri sebagai ilham.
Tambahan, kamera ini dikatakan bukan hadir dari sensor yang sama tetapi 4 kamera yang berbeza. Dengan itu, lebih banyak maklumat gambar yang diperolehi dan membentuk sebuah gambar dengan ‘dynamic range’ yang lebih tinggi.
Disamping itu, kamera ini juga akan dibina dibawah paparan peranti dimana ia boleh digunakan semasa mengambil gambar dan ketika aplikasi kamera tidak digunakan, ia akan bertindak sebagai logo Microsoft itu sendiri.
Namun ini bukanlah kali pertama 4 warna digunakan dalam peranti, banyak syarikat pembuat peranti TV seperti Sharp, Panasonic dan LG telah mengimplikasikan teknologi ini. Dimana ia memberikan contrast yang tinggi kepada gambar dan warna kuning yang lebih menyerlah.